setiap orang mempunyai kereta idaman seperti kereta BMW, mecerdes, toyota, nissan, dan lain-lain lagi kereta idama.Betapa gembiranya seseorng itu apabila mendapat kereta idaman yang diimpikan.
Tuesday, March 30, 2010
kereta idaman
Posted by ct hazita at 7:48 PM 0 comments
Monday, March 29, 2010
10 Sebab Anda Gagal Menyelesaikan Tugasan Di Tempat Kerja Dengan Baik
Anda mungkin pernah mengalami masalah tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh ketua dengan baik. Cuba anda semak kembali apakah faktor-faktor yang menjadi punca masalah anda itu, semoga dengan ini anda dapat mencari jalan penyelesaian bagi masalah anda itu.
1. Terlalu banyak gangguan
Berdasarkan kajian yang telah dibuat, antara gangguan yang sering berlaku di tempat kerja ialah mesyuarat yang tak dirancang, panggilan telefon, suasana bising dan sebagainya.
2. Anda tidak mempunyai sumber yang lengkap.
Seumpama tukang masak yang memerlukan sudip dan kelengkapan memasak yang lain, begitu jugalah dengan pekerja yang memerlukan maklumat dan kelengkapan kerja seperti komputer dan data-data yang diperlukan untuk menghasilkan kerja yang memuaskan dan tepat pada masanya.
3. Anda tidak tahu apa yang hendak dilakukan.
Menurut Clayton Warholm, seorang pakar di dalam komunikasi di tempat kerja, terdapat dua punca pekerja tidak mahir dalam melakukan kerja mereka. Samada tugasan yang diberikan itu tidak dijelaskan secara terperinci oleh ketua ( tidak tahu apa hendak dibuat) ataupun pekerja itu tidak dilatih dengan baik ( anda tidak tahu bagaimana untuk melakukannya).
4. Anda mempunyai terlalu banyak tugasan
Sesetengah orang mempunyai terlalu banyak kerja yang tidak mungkin dapat disiapkan walaupun terpaksa bekerja 24 jam sehari selama 7 hari seminggu. Perkara ini biasa berlaku dalam mana-mana organisasi yang mempunyai pekerja yang sedikit. Akibatnya, kekecewaan akan berlaku apabila anda tidak dapat menyiapkan tugas kerana tidak mungkin akan dapat melakukannya.
5. Anda tiada kemahiran menguruskan masa.
Pekerja yang mempunyai kemahiran ini melakukan apa yang paling penting tetapi sebaliknya pula bagi yang lemah pengurusan masanya melakukan apa yang dilihatnya senang dan menyeronokkan.
6. Anda seorang yang suka bertangguh.
Kenapa harus menunggu esok jika perkara itu boleh dilakukan hari ini? Anda mungkin menangguhkan sesuatu kerja itu kerana anda khuatir hasil kerja anda itu tidak memuaskan hati. Sebagai contoh, sekiranya anda takutkan kegagalan dan khuatir akan menghasilkan kerja yang kurang bagus, maka anda akan membuka peluang untuk anda mengelak daripada melakukan apa-apa. Walaupun anda sebolehnya inginkan kesempurnaan dalam setiap hasil tugas yang anda lakukan, tetapi bos ataupun client anda lebih melihat kepada kerja yang kurang sempurna daripada anda tidak melakukan langsung kerja tersebut.
7. Anda rasa tidak dihargai
Sekiranya anda merasakan diri anda tidak dihargai ataupun anda memperolehi gaji yang tidak setimpal dengan kerja yang anda lakukan, maka anda mungkin tidak dapat memberikan 100% komitmen dalam kerjaya yang anda ceburi. Secara sedar ataupun tidak kebanyakan pekerja cuba untuk menyeimbangkan antara ‘memberi dan diberi’ antara mereka dan majikan. Mereka akan melakukan kerja berdasarkan kepuasan hati mereka terhadap majikan. Pekerja yang merasakan mereka tidak dihargai akan menjadi kurang berusaha, kerap mengambil cuti, cuai dan sebagainya.
8. Keutamaan syarikat yang bertukar-tukar.
Anda sedang menyiapkan projek A, tetapi tiba-tiba majikan anda mengarahkan supaya anda meninggalkan seketika projek A tersebut dan memberikan tumpuan kepada projek B. Apabila perkara ini berlaku, anda akan berfikir bahawa anda tidak menyelesaikan tugas anda, tetapi majikan anda berfikir sebaliknya. Setengah orang adalah flexible dan senang untuk serasi dengan arahan yang baru dan teruja untuk melakukan tugas yang baru tetapi ada juga sesetengah orang yang akan merasa kecewa apabila tidak dapat menyiapkan sesuatu projek. Jika anda adalah orang yang kedua seperti disebutkan tadi dan bekerja di dalam industri yang sepanjang masa akan berlaku perubahan, maka anda perlu mempertimbangkan untuk menukar kerjaya anda.
9. Anda ‘Burned out’
Merujuk kepada website American Psychological Association, burnout ialah keletihan emosi yang disebabkan oleh tekanan yang teruk di tempat kerja. Ia mungkin kerana suasana tempat kerja yang negatif seperti pekerjanya sering bermusuh antara satu sama lain, tertekan dengan deadline yang ketat, jangkaan dan harapan yang terlalu tinggi terhadap sesuatu perkara, kerisauan dan melakukan kerja yang tidak sepadan dengan kemampuan. Kesemua ini adalah antara sebab dan punca berlakunya tekanan jantung dan sakit-sakit yang lain.
10. Ganjaran bagi tugasan yang telah anda siapkan.
Anda mungkin seorang yang hebat kerana dapat menyiapkan tugas sebelum ataupun tepat pada masanya. Namun peliknya, kebanyakan organisasi menghadiahkan pekerja yang rajin dan bekerja keras itu dengan tambahan kerja yang lebih banyak menggantikan bonus atau faedah yang lain. Sekiranya perkara ini berlaku di dalam organisasi anda, tidak mustahil anda akan merasakan tidak termotivasi untuk bekerja dengan lebih keras.
(sumber:http://www.fitrahpower.com)
Posted by ct hazita at 6:27 PM 0 comments
Petua Mencuci Hati
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Oleh dato’ Dr Haji fadzilah kamsah.
*Selawat keatas nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 x sebelum tidur- ini merupakan satu pelaburan yang murah dan mudah. Disamping dosa2 dapat diampunkan,otak tenng,murah rezeki,orang sayangkan kita dan mencetuskan semua pekara baik
*solat taubat, selain daripada memohon keampunan, dapat mencucikan hati dan menenangkan minda
*menbaca al-quran, selain dapat mencucikan hati juga menenagkan jiwa, pemyembuh, penenag, terapi, sekurang-kurangnya bacalah “qulhu –allah “ sebanyak 3x.
*bermaaf- maafan sesama kawan setiap hari- semasa meminta maaf perlu sebutkan.
*Bisikan kepada diri pekara positif- jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri,merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri katakan “aku sebenarnya….”
*program minda/cuci minda- paling baik pada waktu malam sebelum tidur semyum, pejam mata katakan didalam hati “Ya Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif.
*berpuasa- sekiranya dalam bulan puasa- terhindar daripada pekara- pekara kejahatan.
*kekalkan wuduk
*bersedekah
*menjaga pancaindera, jangan dengar orang mengumpat.
Posted by ct hazita at 6:02 PM 0 comments
Sunday, March 28, 2010
Naskah Cinta
Wahai tuahanku, aku pohon daripadaMu
KasihMu, dan kasih mereka yang kasihkanMu,
dan aku pohon amalan yang
boleh menyampaikanku
kepada kasihMu.
Wahai tuhanku,
jadikan kasihMu lebih dicintaiku
daripada diriku,daripada keluargaku
dan daripada air yang tenang
( Riwayat Al- Tarmizi)
Posted by ct hazita at 7:50 AM 0 comments
Miliki Kerjaya Anda
Sebelum temuduga anda
Dipetik dari (www.kereer.com.my)
Posted by ct hazita at 7:29 AM 0 comments
Saturday, March 13, 2010
1 malaysia " Rakyat didahulukan Pencapian Diutamakan"
1 Malaysia menbawa inspirasi untuk menperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalinkan perpaduan yang erat. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat.
Konsep 1 Malaysia menurut perdana menteri Yang Amat Berbahagia Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak "kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One poeple dan kita mengambil tindakan- tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita, ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afrmatif, dasr untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan adil dan menberi pertimbangan kapada gologan Bumiputera yang layak mendapat satu pertimbangan daripada kerajaan."
Nilai- Nilai 1 Malaysia:
- Budaya kecermelangan
- Ketabahan
- Rendah hati
- Penerimaan
- Kesetiaan
- Meritokrasi
- Pendidikan
- Intergriti
Konsep 1 Malaysia diharap akan menbawa satu inspirasi untuk menperkukuhkan perpaduan kaum di kalangan rakyat Malaysia sebagaimana kehandak prinsip Rukun Negara. Nilai- nilai murni diharapkan dapat menyatupadu bangsa Malaysia dimana segalanya perlu dirasai bersama.
Posted by ct hazita at 7:40 AM 0 comments
Friday, March 12, 2010
senyum penawar hati..
Jikalau kita melihat seseorang itu semyum, adakah ia senyum kerana dia bahagia atau dia senyum untuk menyenangkan hati orang disekelilingya. Senyuman juga boleh dikata satu senaman mulut, ia baik untuk struktur mulut. Dalam Islam pun ada menyatakan dengan sedekahkan senyuman kita akan mendapat pahala "senyuman adalah satu sedekah" yang mana kita semua tahu Islam itu mudah just with smile kita dapat pahala.
Tambahan, dengan semyuman juga kita akan disenangi oleh ramai teman-teman dan kita dilihat sebagai seorang yang peramah, mudah mesra dengan orang dan lain-lain.
Semyuman menandakan seseorang itu bahagia dan puas hati dengan apa jua benda yang dilakukan dalam hidup mereka. Mari kita semua cuba hayati lirik lagu ini dan apa yang anda rasa??
Senyum seindah suria, yang membawa cahaya
Senyumlah dari hati duniamu berseri
Senyum umpama titian dalam kehidupan
Kau tersenyum ku terseyum dan Kemesreaan mengutuman
Senyum kepada semua
Senyumman mu amatlah berharga
Senyum menbahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah ikatan...
senyumlah kita sesama manusia dan jaganlah kita menjadi orang yang kedekut senyuman.
Posted by ct hazita at 4:24 AM 0 comments
Tuesday, March 2, 2010
berintergritikah kita??
Ramai orang suka bercakap pasal intergriti di kalangan masyarakat tak kira lah siapa dia. Bercakap pasal intergriti itu sendiri, adakah semua orang tahu apa itu yang dimaksudkan dengan intergriti atau mereka hanya tahu cakap aje, dan bagaimana pula pengtakrifan intergriti di kalangan mahasiswa sebagai seorang yang berpendidikan dan berpengentahuan.
Intergriti ialah kejujuran dan ketulusan, kesempurnaan dan keuntuhan. Intergriti juga adalah sifat jati diri yang merangkumi keikhlasan, amanah, benar, berpegang kepada perinsip, boleh dipercayai kata- katanya. Intergriti itu adalah soal hati dan soal diri seseorang.
Sebagai seorang mahasiswa marilah kita semua sama-sama menerapkan nilai-nilai intergirti dalam diri kita. Adalah penting bagi kita sabagai mahasiswa yang terpelajar menerapkan nilai- nilai intergriti dan mengamalnya dalam kehidupan seharian. seorang mahasiswa yang berintegriti haruslah:
Bersikap jujur terhadap sesuatu tindakan dan percakapan.
Bercakap benar walaupun pekara yang disampaikan itu pahit dan sukar diterima.
Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap pekara yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna.
Menepati janji dan masa. Ia adalah sifat yang mulia yang dituntut dalam agama Islam.
Tidak memungkiri janji kerana boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan seseorng.
Sifat intergriti dalam diri perlu bagi meningkatkan gaya hidup yang sempurna dan diredhai Allah s.w.t
Posted by ct hazita at 3:09 PM 0 comments
Monday, March 1, 2010
Aku orang baru
Aku orang baru aku baru buka blog dan nak try tulis jadi aku nak letakkan sebuah puisi sebagai permulaan..
cinta itu ibarat sebuah anak panah
sekali ia terlepas, ia akan menancap dimana saja
Tidak tanganmu atau tanganku yang mampu mematahkannya
Dia akan tetap disana, dan waktu tak membuatnya berkarat
kadang cinta tidak sefaham dengan logika
Memilih waktu dan orang yang tepat untuk jatuh cinta
Kata orang cinta itu tidak mempunyai mata
Tetapi semua orang mempunyai mata
Bersama dengan dirimu
Akan kualami rasa bahagia
Walaupun pasti lebih banyak rasa pahitnya
Mamang cinta tidak bermata
Hebatnya cinta bisa butakan sesiapa sahaja
Cinta memang tak pedulikan rasa
semuanya bisa jatuh cinta...
disebabkan aku nak baru mula menulis blog aku ambil puisi ini dari puisi cinta
Posted by ct hazita at 4:55 PM 0 comments