? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

welcome

Tuesday, March 30, 2010

kereta idaman

setiap orang mempunyai kereta idaman seperti kereta BMW, mecerdes, toyota, nissan, dan lain-lain lagi kereta idama.Betapa gembiranya seseorng itu apabila mendapat kereta idaman yang diimpikan.


(Mercedes Benz)



(BMW 5series)


(Mercedes Benz)

Monday, March 29, 2010

10 Sebab Anda Gagal Menyelesaikan Tugasan Di Tempat Kerja Dengan Baik

Anda mungkin pernah mengalami masalah tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh ketua dengan baik. Cuba anda semak kembali apakah faktor-faktor yang menjadi punca masalah anda itu, semoga dengan ini anda dapat mencari jalan penyelesaian bagi masalah anda itu.

1. Terlalu banyak gangguan

Berdasarkan kajian yang telah dibuat, antara gangguan yang sering berlaku di tempat kerja ialah mesyuarat yang tak dirancang, panggilan telefon, suasana bising dan sebagainya.

2. Anda tidak mempunyai sumber yang lengkap.

Seumpama tukang masak yang memerlukan sudip dan kelengkapan memasak yang lain, begitu jugalah dengan pekerja yang memerlukan maklumat dan kelengkapan kerja seperti komputer dan data-data yang diperlukan untuk menghasilkan kerja yang memuaskan dan tepat pada masanya.

3. Anda tidak tahu apa yang hendak dilakukan.

Menurut Clayton Warholm, seorang pakar di dalam komunikasi di tempat kerja, terdapat dua punca pekerja tidak mahir dalam melakukan kerja mereka. Samada tugasan yang diberikan itu tidak dijelaskan secara terperinci oleh ketua ( tidak tahu apa hendak dibuat) ataupun pekerja itu tidak dilatih dengan baik ( anda tidak tahu bagaimana untuk melakukannya).

4. Anda mempunyai terlalu banyak tugasan

Sesetengah orang mempunyai terlalu banyak kerja yang tidak mungkin dapat disiapkan walaupun terpaksa bekerja 24 jam sehari selama 7 hari seminggu. Perkara ini biasa berlaku dalam mana-mana organisasi yang mempunyai pekerja yang sedikit. Akibatnya, kekecewaan akan berlaku apabila anda tidak dapat menyiapkan tugas kerana tidak mungkin akan dapat melakukannya.

5. Anda tiada kemahiran menguruskan masa.

Pekerja yang mempunyai kemahiran ini melakukan apa yang paling penting tetapi sebaliknya pula bagi yang lemah pengurusan masanya melakukan apa yang dilihatnya senang dan menyeronokkan.

6. Anda seorang yang suka bertangguh.

Kenapa harus menunggu esok jika perkara itu boleh dilakukan hari ini? Anda mungkin menangguhkan sesuatu kerja itu kerana anda khuatir hasil kerja anda itu tidak memuaskan hati. Sebagai contoh, sekiranya anda takutkan kegagalan dan khuatir akan menghasilkan kerja yang kurang bagus, maka anda akan membuka peluang untuk anda mengelak daripada melakukan apa-apa. Walaupun anda sebolehnya inginkan kesempurnaan dalam setiap hasil tugas yang anda lakukan, tetapi bos ataupun client anda lebih melihat kepada kerja yang kurang sempurna daripada anda tidak melakukan langsung kerja tersebut.

7. Anda rasa tidak dihargai

Sekiranya anda merasakan diri anda tidak dihargai ataupun anda memperolehi gaji yang tidak setimpal dengan kerja yang anda lakukan, maka anda mungkin tidak dapat memberikan 100% komitmen dalam kerjaya yang anda ceburi. Secara sedar ataupun tidak kebanyakan pekerja cuba untuk menyeimbangkan antara ‘memberi dan diberi’ antara mereka dan majikan. Mereka akan melakukan kerja berdasarkan kepuasan hati mereka terhadap majikan. Pekerja yang merasakan mereka tidak dihargai akan menjadi kurang berusaha, kerap mengambil cuti, cuai dan sebagainya.

8. Keutamaan syarikat yang bertukar-tukar.

Anda sedang menyiapkan projek A, tetapi tiba-tiba majikan anda mengarahkan supaya anda meninggalkan seketika projek A tersebut dan memberikan tumpuan kepada projek B. Apabila perkara ini berlaku, anda akan berfikir bahawa anda tidak menyelesaikan tugas anda, tetapi majikan anda berfikir sebaliknya. Setengah orang adalah flexible dan senang untuk serasi dengan arahan yang baru dan teruja untuk melakukan tugas yang baru tetapi ada juga sesetengah orang yang akan merasa kecewa apabila tidak dapat menyiapkan sesuatu projek. Jika anda adalah orang yang kedua seperti disebutkan tadi dan bekerja di dalam industri yang sepanjang masa akan berlaku perubahan, maka anda perlu mempertimbangkan untuk menukar kerjaya anda.

9. Anda ‘Burned out’

Merujuk kepada website American Psychological Association, burnout ialah keletihan emosi yang disebabkan oleh tekanan yang teruk di tempat kerja. Ia mungkin kerana suasana tempat kerja yang negatif seperti pekerjanya sering bermusuh antara satu sama lain, tertekan dengan deadline yang ketat, jangkaan dan harapan yang terlalu tinggi terhadap sesuatu perkara, kerisauan dan melakukan kerja yang tidak sepadan dengan kemampuan. Kesemua ini adalah antara sebab dan punca berlakunya tekanan jantung dan sakit-sakit yang lain.

10. Ganjaran bagi tugasan yang telah anda siapkan.

Anda mungkin seorang yang hebat kerana dapat menyiapkan tugas sebelum ataupun tepat pada masanya. Namun peliknya, kebanyakan organisasi menghadiahkan pekerja yang rajin dan bekerja keras itu dengan tambahan kerja yang lebih banyak menggantikan bonus atau faedah yang lain. Sekiranya perkara ini berlaku di dalam organisasi anda, tidak mustahil anda akan merasakan tidak termotivasi untuk bekerja dengan lebih keras.

(sumber:http://www.fitrahpower.com)

Petua Mencuci Hati

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Oleh dato’ Dr Haji fadzilah kamsah.


*Dirikan solat dan banyakkan berdoa –ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan “ya, Allah jadikan hatiku bersih”

*Selawat keatas nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 x sebelum tidur- ini merupakan satu pelaburan yang murah dan mudah. Disamping dosa2 dapat diampunkan,otak tenng,murah rezeki,orang sayangkan kita dan mencetuskan semua pekara baik


*solat taubat, selain daripada memohon keampunan, dapat mencucikan hati dan menenangkan minda

*menbaca al-quran, selain dapat mencucikan hati juga menenagkan jiwa, pemyembuh, penenag, terapi, sekurang-kurangnya bacalah “qulhu –allah “ sebanyak 3x.

*bermaaf- maafan sesama kawan setiap hari- semasa meminta maaf perlu sebutkan.

*Bisikan kepada diri pekara positif- jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri,merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri katakan “aku sebenarnya….”

*program minda/cuci minda- paling baik pada waktu malam sebelum tidur semyum, pejam mata katakan didalam hati “Ya Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif.

*berpuasa- sekiranya dalam bulan puasa- terhindar daripada pekara- pekara kejahatan.

*kekalkan wuduk

*bersedekah

*menjaga pancaindera, jangan dengar orang mengumpat.

(Sumber: olen dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah)

Sunday, March 28, 2010

Naskah Cinta









Nabi Muhamamad saw berdoa:




Wahai tuahanku, aku pohon daripadaMu



KasihMu, dan kasih mereka yang kasihkanMu,



dan aku pohon amalan yang



boleh menyampaikanku



kepada kasihMu.



Wahai tuhanku,



jadikan kasihMu lebih dicintaiku



daripada diriku,daripada keluargaku



dan daripada air yang tenang





( Riwayat Al- Tarmizi)






Miliki Kerjaya Anda

Setiap orang ingin mencipta kerjaya dalam kehidupan. Di sini disediakan tips untuk pergi temuduga.

Sebelum temuduga anda
Dapatkan pelbagai maklumat tentang organisasi berkenaan dan membiasakan diri dengan visi, misi, aktiviti-aktiviti utama serta prestasi kewangannya. Ini adalah penting untuk menunjukkan anda benar-benar berminat untuk menyandang jawatan yand dipohon itu. Maklumat yang diperoleh itu boleh membantu anda menjawab sebarang soalan secara tepat dan betul. Majikan pada lazimnya mengemukakan soalan seperti ini : “ Apakah yang anda tahu tentang syarikat kami?’
Bersedia untuk jawab serta tanya soalan. Sesuatu temu duga merupakan perbualan dua hala. Bagi anda, temu duga mempunyai dwi tujuan: yang pertama, untuk “menjual” anda ,dan yang kedua ialah untuk menilai jawatan itu. Setelah menanya pelbagai soalan, penumu duga biasanya meminta anda menanyakan soalan. Anda perlu menanyakan soalan yang bernas seperti: adakah syarikat merancang untuk meluaskan operasinya? Apakah falsafah pengurusan dan nilai-nilai syarikat? Apakah arah aliran yang penting dalam industri yang diceburi oleh syarikat? Bagaimana tanggungjawab kepimpinan saya akan di ukur? Apakah kelebihan dan kelemahan syarikat berbanding dengan pesaingnya? dan sebagainya.
*Sediakan pakaian yang kemas.. Sut kelabu,hitam atau biru kelasi atau pakaian dengan tali leher sahaja adalah sesuai.
Semasa temuduga anda
*Tiba sekurang-kurangnya 30 minit sebelum temu duga diadakan.
*Beri salam kepada panel penemuduga
*Dengar dengan teliti semua soalan dan beri jawapan yang bernas .
*Jika anda tidak faham soalan, minta penjelasan.
*Berbual secara terbuka, terang dan jujur dan mengatasi sifat malu anda
*Ucapkan terima kasih kepada penemuduga pada akhir sesi.

Dipetik dari (www.kereer.com.my)

Saturday, March 13, 2010

1 malaysia " Rakyat didahulukan Pencapian Diutamakan"






Konsep 1 Malaysia diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, ialah langkah yang sesuai dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.

1 Malaysia menbawa inspirasi untuk menperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalinkan perpaduan yang erat. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat.

Konsep 1 Malaysia menurut perdana menteri Yang Amat Berbahagia Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak "kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One poeple dan kita mengambil tindakan- tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita, ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afrmatif, dasr untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan adil dan menberi pertimbangan kapada gologan Bumiputera yang layak mendapat satu pertimbangan daripada kerajaan."

Nilai- Nilai 1 Malaysia:

- Budaya kecermelangan
- Ketabahan
- Rendah hati
- Penerimaan
- Kesetiaan
- Meritokrasi
- Pendidikan
- Intergriti

Konsep 1 Malaysia diharap akan menbawa satu inspirasi untuk menperkukuhkan perpaduan kaum di kalangan rakyat Malaysia sebagaimana kehandak prinsip Rukun Negara. Nilai- nilai murni diharapkan dapat menyatupadu bangsa Malaysia dimana segalanya perlu dirasai bersama.

Friday, March 12, 2010

senyum penawar hati..





Jikalau kita melihat seseorang itu semyum, adakah ia senyum kerana dia bahagia atau dia senyum untuk menyenangkan hati orang disekelilingya. Senyuman juga boleh dikata satu senaman mulut, ia baik untuk struktur mulut. Dalam Islam pun ada menyatakan dengan sedekahkan senyuman kita akan mendapat pahala "senyuman adalah satu sedekah" yang mana kita semua tahu Islam itu mudah just with smile kita dapat pahala.

Tambahan, dengan semyuman juga kita akan disenangi oleh ramai teman-teman dan kita dilihat sebagai seorang yang peramah, mudah mesra dengan orang dan lain-lain.

Semyuman menandakan seseorang itu bahagia dan puas hati dengan apa jua benda yang dilakukan dalam hidup mereka. Mari kita semua cuba hayati lirik lagu ini dan apa yang anda rasa??

Senyum seindah suria, yang membawa cahaya
Senyumlah dari hati duniamu berseri

Senyum umpama titian dalam kehidupan

Kau tersenyum ku terseyum dan Kemesreaan mengutuman
Senyum kepada semua

Senyumman mu amatlah berharga
Senyum menbahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah ikatan...


senyumlah kita sesama manusia dan jaganlah kita menjadi orang yang kedekut senyuman.

Tuesday, March 2, 2010

berintergritikah kita??


Ramai orang suka bercakap pasal intergriti di kalangan masyarakat tak kira lah siapa dia. Bercakap pasal intergriti itu sendiri, adakah semua orang tahu apa itu yang dimaksudkan dengan intergriti atau mereka hanya tahu cakap aje, dan bagaimana pula pengtakrifan intergriti di kalangan mahasiswa sebagai seorang yang berpendidikan dan berpengentahuan.

Intergriti ialah kejujuran dan ketulusan, kesempurnaan dan keuntuhan. Intergriti juga adalah sifat jati diri yang merangkumi keikhlasan, amanah, benar, berpegang kepada perinsip, boleh dipercayai kata- katanya. Intergriti itu adalah soal hati dan soal diri seseorang.

Sebagai seorang mahasiswa marilah kita semua sama-sama menerapkan nilai-nilai intergirti dalam diri kita. Adalah penting bagi kita sabagai mahasiswa yang terpelajar menerapkan nilai- nilai intergriti dan mengamalnya dalam kehidupan seharian. seorang mahasiswa yang berintegriti haruslah:

Bersikap jujur terhadap sesuatu tindakan dan percakapan.
Bercakap benar walaupun pekara yang disampaikan itu pahit dan sukar diterima.
Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap pekara yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna.
Menepati janji dan masa. Ia adalah sifat yang mulia yang dituntut dalam agama Islam.
Tidak memungkiri janji kerana boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan seseorng.

Sifat intergriti dalam diri perlu bagi meningkatkan gaya hidup yang sempurna dan diredhai Allah s.w.t




Monday, March 1, 2010

Aku orang baru




Aku orang baru aku baru buka blog dan nak try tulis jadi aku nak letakkan sebuah puisi sebagai permulaan..

cinta itu ibarat sebuah anak panah
sekali ia terlepas, ia akan menancap dimana saja
Tidak tanganmu atau tanganku yang mampu mematahkannya
Dia akan tetap disana, dan waktu tak membuatnya berkarat

kadang cinta tidak sefaham dengan logika
Memilih waktu dan orang yang tepat untuk jatuh cinta
Kata orang cinta itu tidak mempunyai mata
Tetapi semua orang mempunyai mata

Bersama dengan dirimu
Akan kualami rasa bahagia
Walaupun pasti lebih banyak rasa pahitnya

Mamang cinta tidak bermata
Hebatnya cinta bisa butakan sesiapa sahaja
Cinta memang tak pedulikan rasa
semuanya bisa jatuh cinta...

disebabkan aku nak baru mula menulis blog aku ambil puisi ini dari puisi cinta

There was an error in this gadget